Team mane yg korunk rase leh menang Cawan Dunia / World Cup 2010?

Monday, March 8, 2010




Ayam Panggang Teruna...


Arakian pada satu time, Razak Al - Berbiri pergi ke sebuah restoran kegemarannya danmemesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik.” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”


Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan dan hilang punca (blog kegemaran ramai...) ,lelaki gagah tadi dengan wajah marahs ambil membawa rusty blade (pisau karat tp tajam doh..)menghampiri Razak.


“Hai budak.. jangan sentuh burung species ayam aku tu ..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”


Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut sambil tersenyum sinis ...


Tetapi senyuman perli Razak terhenti bila terushar baju yg dipakai lelaki tuff mcm Triple H itu tertulis satu perkataan yg bakal meragut mahkota beliau hari tu...


" Shhhhhh...Nobody knows i'm Gay!"


Lelaki tuff itu membiarkan saja Razak menjilat ayam itu sambil tersenyum penuh makna....





















No comments:

Post a Comment